KUALA LUMPUR: Sebahagian besar akhbar tempatan hari ini memaparkan ‘rasa duka’ pada tajuk utama bahagian sukan susulan kegagalan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2014 malam tadi.
Pelbagai tajuk dipaparkan oleh akhbar-akhbar tersebut antaranya, ‘Derita’, ‘Tewas melawan’, ‘Harimau berduka dalam menang’, ‘Agony in Bukit Jalil’ (Sengsara di Bukit Jalil) dan lain lagi.
Sementara itu, dua akhbar Bahasa Inggeris tempatan, The Star dan New Straits Times (NST) masing-masing mengenakan tajuk ‘Hearbreaking’ dan ‘Heartbreak’ (patah hati).
Malaysia terlepas peluang untuk menjulang tersebut selepas tewas kepada Thailand menerusi agregrat 3-4 selepas final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Meskipun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik, skuad Gajah Perang itu muncul juara berikutan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.